LUKISAN PIKTORIAL/ BONGKAH (OBLIK)

OBJEKTIF

>>Pengertian oblik
>>lCara pemilihan paksi oblik
>>Kelemahan dan kebaikan


# OBLIK Juga dikenali sebagai unjuran serong.
#Ia merupakan satu kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.
#NOTA: Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan herotan supaya menampakkan bentuk seakan-akan sebenar.

CIRI2 OBLIK


**Mempunyai satu sudut kedalaman pada paksi surut (300, 450 atau 600).


**Satu daripada permukaannya selari dengan satah bersudut tegak.
**Sesuai untuk objek yang pendek dan ketepatan bahagian unjuran tidak berkadaran.
**Objek diputarkan pada sudut tertentu.


>>Dikelaskan kepada TIGA kelas 
*Unjuran kavalier
*Unjuran kabinet
*Oblik Am

>>Unjuran kavalier menggunakan ukuran sebenar pada bahagian satah dan unjuran.
>>Unjuran kabinet menggunakan 1/2 daripada ukuran sebenar.
>>Oblik Am menggunakan 3/4 daripada ukuran sebenar.

KELEBIHAN.

>>Mudah dilukis berbanding isometri.
>>Menggunakan satu sudut sahaja (300,450    atau 600).
>>Bulatan boleh dielakkan dari dilukis secara elips.

KELEMAHAN


>>Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan, terutamanya objek yang panjang.
>>Tidak sesuai untuk objek yang panjang seperti rel.
>>Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pende
>>Sudut unjuran kecil ,bahagian unjuran menjadi panjang.









KENALI SUKAN SQUASH

>>Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari.

>>Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang.



>>Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.

>>Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri.

>>Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow.

>>Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket.

>>Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa.

>>Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan.

>>Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini.

>>Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an.

>>Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua.

>>Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan.

>>Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007.

>>Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil.

>>Disana sini kelibat pemain skuasy negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.

>>Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit.

>>Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.



**Sukan SQUASH turut menjadi sukan kegemaran Lecture subjek “Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar” saya... iaitu DR.SUPPIAH...=)

Dari Dr. Suppiah

Kita harus berjaya dalam hidup DEMI membayar hutang nyawa kpd BONDA tercinta…

Seribu satu isteri boleh dicari, BONDA seorang tidak dapt ditukar ganti…

>>Siapa kita tidak penting…
>>Orang yang kita kenal MAHA PENTING…

“Bersama kita berjuang, saya sebagai PENSYARAH anda sebagai bakal GURU, sama-sama kita berbakti kepada ANAK BANGSA. Baik di Bachok Kelantan, mahupun di Semporna Sabah.” (Dr. Suppiah)

Apa bicara org lain tidak penting, bicara hati kita MAHA PENTING…

Totalrial Software Blender- untuk buat baju.


Bantuan untuk siapkan assignment Comp. Graphics...

REALITI SEORANG INSAN…

22 Jamadilakhir 1410 hijrah bersamaan 20 Januari 1990, aku telah lahir iaitu anak ke-6 dalam sebuah keluarga. Semasa dilahirkan aku telahpun mempunyai 2 orang abang dan 3 orang kakak. Walaupun hidup di sebuah pondok kecil dan berdiri di atas tanah orang, dengan serba serbi kekurangan, namun… hidup kami boleh dikatakan bahagia.


Belumpun genap setahun usiaku, nenekku (sebelah ibu) meninggal dunia. Kami  sekeluarga diminta untuk tinggal dirumah datuk demi menjaga kebajikan datuk. Kami tinggal di rumah tersebut sehingga menerima 3 lagi anggota keluarga. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Kini aku ini mempunyai 9 orang adik-beradik.

Setelah usiaku 8 tahun, dan adik bongsuku belum genap setahun, kami terpaksa keluar dari rumah datuk kerana datuk mahu tinggal bersama menantu baru di rumah tersebut. Terpaksalah ayahku berusaha mencari rumah sewa.setelah puas bertanya ke sana ke mari, akhirnya mereka telah memperolehi sebuah rumah sewa di tepi sebatang sungai. Aku dan adik-beradikku begitu gembira. Ketika itu usia adik-adikku masing-masing, 6 tahun, 4 tahun dan 8 bulan.

Kerisauan jelas terpancar di wajah orang tuaku mengenangkan anak-anak yang sering bermain di sungai. Mereka terus berusaha mencari rumah lain untuk di sewa. Setelah gigih berusaha, mereka menemui sebuah rumah berhampiran dengan rumah datuk. Kami berpindah lagi.setelah setahun di rumah tersebut, adik kepada ibuku, menyuruh ayahku mendirikan rumah sendiri di sebelah rumah datuk. Ini disebabkan, beliau telah membeli tanah tersebut dengan adik-beradik ibuku.

Pertengahan tahun 1999, siap la rumah kami. Aku membesar di rumah tersebut. Sehinggalah suatu hari, pada akhir tahun 2007, kami melihat ada orang ukur jalan di hadapan rumah kami. Rupa-rupanya jalan tersebut ingin diperbesar. Rumah kami terpaksa dirobohkan. Kami sedih. Walau apapun kami tidak terdaya untuk menahan. Ramai orang kampung yang terpaksa robohkan rumah. Kami fikir, itulah rumah terakhir kami sebelum ke rumah bawah tanah (kubur). Rupanya sangkaan kami kurang tepat.

Kami diberi wang pampasan dan diminta berpindah awal tahun 2009. Orang tuaku telah membeli sebidang tanah yang agak jauh dari jalan besar dengan menggunakan sebahagian daripada duit pampasan tersebut. Wang selebihnya digunakan untuk mendirikan rumah. Pada waktu itu usiaku telah pun menjangkau 19 tahun. Kakak-kakak dan abang-abangku telah pun mempunyai kehidupan sendiri. Tinggal la kami yang masih bersekolah.

Sekarang dah masuk 3 tahun kami menetap di sini. Bebas dari kebisingan kenderaan. Hanya kicauan burung dan bunyian cengkerik yang menghiasi malam yang sepi. Sekarang aku pun sudah belajar di menara gading. Hidup kami sekeluarga bertambah baik dari hari ke hari. Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana DIA telah menabahkan hati kami sekeluarga mengharungi segala dugaan hidup.

::..JANGAN MENUNGGU!!!..::


JANGAN MENUNGGU Boleh baru lakukan! 
TAPI Lakukanlah!!! Anda Pasti Boleh!!!...

JANGAN MENUNGGU bahagia baru tersenyum.
TAPI tersenyumlah, maka anda semakin bahagia..

JANGAN MENUNGGU kaya baru bersedekah.
TAPI bersedekahlah, maka anda semakin kaya..

JANGAN MENUNGGU pasangan yang sempurna baru menikah.
TAPI menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..

JANGAN MENUNGGU dimotivasi baru bergerak.
TAPI bergeraklah, maka anda akan termotivasi..

JANGAN MENUNGGU dipedulikan orang baru anda peduli,
TAPI pedulilah dengan orang lain! maka anda akan dipedulikan…

JANGAN MENUNGGU orang memahami anda baru kita memahami dia,
TAPI fahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan anda..

JANGAN MENUNGGU terinspirasi baru menulis.
TAPI menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu...

JANGAN MENUNGGU projek baru bekerja.
TAPI bekerjalah, maka projek akan menunggumu...

JANGAN MENUNGGU dicintai baru mencintai.
TAPI belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai...

JANGAN MENUNGGU banyak duit baru hidup tenang,
TAPI hiduplah dengan tenang, Insya Allah bukan sekadar duit yang datang..

JANGAN MENUNGGU contoh baru bergerak mengikuti.
TAPI bergeraklah, maka anda akan menjadi contoh yang diikuti..

JANGAN MENUNGGU berjaya baru bersyukur.
TAPI bersyukurlah, maka bertambah kejayaan kamu...

JANGAN MENUNGGU boleh baru melakukan,
TAPI lakukanlah! anda pasti boleh!...

JANGAN gagal mencuba
TAPI biar mencuba tapi gagal..