>>Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari.
>>Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang.
>>Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.
>>Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri.
>>Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow.
>>Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket.
>>Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa.
>>Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan.
>>Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini.
>>Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an.
>>Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua.
>>Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan.
>>Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007.
>>Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil.
>>Disana sini kelibat pemain skuasy negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.
>>Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit.
>>Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.
**Sukan SQUASH turut menjadi sukan kegemaran Lecture subjek “Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar” saya... iaitu DR.SUPPIAH...=)
Filed under:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment