22 Jamadilakhir 1410 hijrah bersamaan 20 Januari 1990, aku telah lahir iaitu anak ke-6 dalam sebuah keluarga. Semasa dilahirkan aku telahpun mempunyai 2 orang abang dan 3 orang kakak. Walaupun hidup di sebuah pondok kecil dan berdiri di atas tanah orang, dengan serba serbi kekurangan, namun… hidup kami boleh dikatakan bahagia.
Belumpun genap setahun usiaku, nenekku (sebelah ibu) meninggal dunia. Kami sekeluarga diminta untuk tinggal dirumah datuk demi menjaga kebajikan datuk. Kami tinggal di rumah tersebut sehingga menerima 3 lagi anggota keluarga. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Kini aku ini mempunyai 9 orang adik-beradik.
Setelah usiaku 8 tahun, dan adik bongsuku belum genap setahun, kami terpaksa keluar dari rumah datuk kerana datuk mahu tinggal bersama menantu baru di rumah tersebut. Terpaksalah ayahku berusaha mencari rumah sewa.setelah puas bertanya ke sana ke mari, akhirnya mereka telah memperolehi sebuah rumah sewa di tepi sebatang sungai. Aku dan adik-beradikku begitu gembira. Ketika itu usia adik-adikku masing-masing, 6 tahun, 4 tahun dan 8 bulan.
Kerisauan jelas terpancar di wajah orang tuaku mengenangkan anak-anak yang sering bermain di sungai. Mereka terus berusaha mencari rumah lain untuk di sewa. Setelah gigih berusaha, mereka menemui sebuah rumah berhampiran dengan rumah datuk. Kami berpindah lagi.setelah setahun di rumah tersebut, adik kepada ibuku, menyuruh ayahku mendirikan rumah sendiri di sebelah rumah datuk. Ini disebabkan, beliau telah membeli tanah tersebut dengan adik-beradik ibuku.
Pertengahan tahun 1999, siap la rumah kami. Aku membesar di rumah tersebut. Sehinggalah suatu hari, pada akhir tahun 2007, kami melihat ada orang ukur jalan di hadapan rumah kami. Rupa-rupanya jalan tersebut ingin diperbesar. Rumah kami terpaksa dirobohkan. Kami sedih. Walau apapun kami tidak terdaya untuk menahan. Ramai orang kampung yang terpaksa robohkan rumah. Kami fikir, itulah rumah terakhir kami sebelum ke rumah bawah tanah (kubur). Rupanya sangkaan kami kurang tepat.
Kami diberi wang pampasan dan diminta berpindah awal tahun 2009. Orang tuaku telah membeli sebidang tanah yang agak jauh dari jalan besar dengan menggunakan sebahagian daripada duit pampasan tersebut. Wang selebihnya digunakan untuk mendirikan rumah. Pada waktu itu usiaku telah pun menjangkau 19 tahun. Kakak-kakak dan abang-abangku telah pun mempunyai kehidupan sendiri. Tinggal la kami yang masih bersekolah.
Sekarang dah masuk 3 tahun kami menetap di sini. Bebas dari kebisingan kenderaan. Hanya kicauan burung dan bunyian cengkerik yang menghiasi malam yang sepi. Sekarang aku pun sudah belajar di menara gading. Hidup kami sekeluarga bertambah baik dari hari ke hari. Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana DIA telah menabahkan hati kami sekeluarga mengharungi segala dugaan hidup.
Filed under:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment